Assalamualaikum.
Haa, nak buat maksiat boleh tapi kena ikut syarat ni. Nak tahu apa syaratnya? Baca petikan kat bawah.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama,
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim,
"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya,
"Wahai
Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal
di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki
itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim
melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai
Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari
dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim
pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Haaaa, sekarang macam mana? Nak buat maksiat lagi?
p/s: Sekadar berkongsi. Saya pun tengah melawan hawa nafsu ni. =)
Syarat Nak Buat Maksiat?
06:53 |
Read User's Comments(0)
Subscribe to:
Comments (Atom)





